Daripada sebuah blog yang membicarakan perihal ekonomi (yang pernah
menjadi minat saya suatu masa dahulu), saya ubah dan perbaharui dengn memberi
nafas yang lebih segar.
Bicaranya juga berubah dan sudah terasing dari tema
ekonomi.
Saya akan menumpukan penulisan kepada buku, industri buku, percetakan,
pengusaha buku, syarikat buku dan seribu satu perkara berkaitan dengan buku.
Blog ini akan menjadi ruang saya berkongsi pandangan tentang tema-tema di atas
dan membuat kajian lapangan dan kepustakaan untuk dijadikan tulisan yang
bermanfaat. Niat di hati, segala tulisan ini akan menjadi pemula kepada kajian
PhD. Begitulah cita-cita besar yang terpendam. Namun tidak tahu bila akan
menjadi nyata.
Meskipun sudah jauh meninggalkan bidang ekonomi, serba sedikit
nanti akan terakam juga angka-angka untuk mewakili bahan-bahan yang dikaji dalam
tulisan dan kajian yang dipaparkan nanti.
Semoga semua tulisan menjadi panduan
yang berguna buat semua.
***
Bandar Puteri Bangi
13 Februari 2025
No comments:
Post a Comment