Mungkin ramai tertanya-tanya apakah maksud rengkahan dan bagaimana boleh tercetusnya ilham menggunakan (atau mempopularkan) perkataan ini.
Perkataan ini saya temukan dalam tulisan Shaykh Ahmad al-Fatani dalam bukunya, Hadiqat al Azhar. Shaykh Ahmad menulis, "...meringkah mereka itu...". Ayat ini membawa maksud ...
Ketika sedang menyiapkan buku saya yang diangkat dari tesis di RZS-CASIS, UTM KL, saya mencari-cari perkataan yang "catchy" dan "selleable" untuk dijadikan tajuk buku. Tesis saya berjudul "Perusahaan Kitab Jawi Abad ke-19 Menerusi Tokoh_tokoh Terpilih" dan ternyatlah tajuk ini sesuai untuk tesis tetapi tidak sesuai untuk menjadi tajuk buku. Malah Prof Tatiana selaku penyelia saya pun menyarankan agar mencari judul baru.
Ketika dalam proses akhir menyapkan buku itulah, saya teringatkan ayat Shaykh Ahmad itu dan saya tertarik menjadikannya sebagai sebahagian dari judul. Lalu saya pun membuka beberapa kamus untuk mendapatkan maksud yang tepat.
Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan "rengkahan"?
Secara ringkas, Rengkahan bermaksud pembaharuan, inovasi. Namun maksud sebenar perkataan ini boleh ditemukan dalam kamus-kamus lama.
Kalau buka Kamus Dewan, rengkah diberi maksud yang berikut:
[reng.kah] | رڠکهNampak asing sekali jika dibaca dengan ayat Shaykh Ahmad di atas.
Definisi : rekah, belah, retak: dinding rumahnya telah ~; rerak ~ rosak dan pecah-pecah; merengkah menjadi retak, merekah, (ber)belah: tanah sawah ~ kerana kemarau kuat; rengkahan belahan, rekahan, tetakan: ada kelipan api yg spt mahu menyelinap keluar dr ~ dinding-dinding buluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Perkatan ‘rengkah’atau ‘ringkah’ (ريڠكه) bermaksud reka, membuat sesuatu benda baharu. Rengkahan Jawi dalam tajuk buku ini meruju‘ kepada daya usaha baharu menghasilkan kitab Jawi dalam bentuk bercetak berawalan daripada manuskrip (bertulis tangan). Boleh diruju‘ dalam Haji Muhammad Said Haji Sulaiman, Buku Katan Kamus Melayu (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997), hlm. 442.
No comments:
Post a Comment